Pages

Thursday, 12 September 2013

nukilan akhi (dia seorang lelaki yang ingin menikahiku)

Assalamualaikum...

kita seringkali membaca kisah cinta selepas nikah dan kesemuanya pengarang adalah wanita...jarang sekali kita membaca dari sudut seorang lelaki...ikuti kisah ini ^__^



Setiap lelaki pasti berimpian mendirikan rumah tangga bersama kekasih hati atau dijodohkan oleh keluarga (dah jarang dah zaman sekarang), begitu juga cinta alam maya yang menjanjikan ribuan janji dan sayang tetapi tidak berakhir seperti yang dikehendaki...Mengapa?
Bak kata Ustaz Azhar Idrus: Haram kita jadikan seseorang itu kekasih kita jika kita tidak berniat untuk menikahinya, begitu juga sebaliknya bagi kaum wanita...
 ini jodoh pertemuan tanpa rupa paras, suara dan malah langsung tidak dikenali..
.✿◕ ‿ ◕✿



(✿◠‿◠)

Pertama kali bersua muka, mendengar tutur katanya tetapi seperti telah lama mengenali...walhal sebelum kehadirannya, xterlintas difikiran untuk mendirikan rumah tangga pada ketika ini dan saat ini kerana permintaan keluarga yang mahukan anaknya mengumpul simpanan serta kestabilan pekerjaan...xterlepas jua dgn wedding dream oleh ibu bapa kita untuk kita...


Disaat ini sebagai seorang lelaki kt dilema bagi menjaga hati semua pihak serta kemampuan kita untuk menunaikan permintaan keluarga kedua belah pihak...kt sering kali takut dengan amaun yang akan dsebut oleh bakal mertua kt sedangkan kemampuan kt tidak seberapa terutama anak sulung yang begitu sukar untuk dilepaskan dari dakapan keluarga besar untuk membina keluarga sendiri. Mereka telah lihat banyak pengalaman pahit manis sepanjang hidup mereka dan membuatkan mereka takut akan berlaku pada diri kita... (◡‿◡✿)


(っ◕‿◕)っ ♥
Alhamdulillah dengan petunjuk yg diberikan oleh-NYA ku melangkah kaki ke segamat dengan hanya duit poket cukup untuk tambang pergi balik sahaja kerana baru sahaja ditipu oleh peniaga...tetapi inilah HIkmah-NYA..."Jodohku dikala Kesempitan"
Hanya membawa diri, buah tangan dan rancangan masa depan untuk diriku dan ***
disaat ini jua ku mengambil kesempatan berbincang mengenai majlis yang akan didirikan agar ku bawa perbincangan ini ke keluargaku bagi pertimbangan mereka...disaat inilah banyak perkara tidak dpersetujui oleh keluargaku


Nak bwk saudara mara ramai2, nak bawak hantaran yang banyak, nak cincin yang cantik2, sedangkan ketika ini ku tidak mempunyai simpanan kerana baru sahaja ditipu, dan kereta aku perlu dibaiki kerana gearbox bocor...pergi kerja xmakan tengahari, ikat perut...tetapi itulah dugaan... *** sentiasa memberi idea, sokongan dan dorongan untuk sama2 menghadapi cabaran ini
tetapi Alhamdulillah berjaya diatasi dengan lawatan *** ke rumah ku pada januari 2013 bagi menyampaikan perbincangan yang sama, ini juga merupakan kali ke-2 kami bertemu dan berbincang. Dimana kami telah bersetuju...1.Tiada Hantaran, cukup sekadar hadiah manisan untuk dikongsi bersama keluarga 2. Hanya Wakil dari pihak keluarga abah serta umi yang akan mengikuti rombongan. 3. Cincin yang mampu dimiliki tetapi mempunyai nilai estetika




Hanya bermodalkan kos yg rendah 1 majlis pertunangan diadakan dimana ia dirahsiakan kepada sanak saudara serta sahabat handai, hanya saudara mara terdekat sahaja mengetahui bagi melancarkan perjalanan majlis dan mengikut sunnah...walaupun simple tetapi sgt meriah kerana kehadiran sanak saudara yang terdekat...sedap btl rendang kambing ^__^ yang dimasak...Alhamdulillah ku telah bergelar tunangan orang dan kami sedang manjalani proses mengenali hati budi masing-masing serta keluarga...
Tanpa disangka selepas majlis ini ku telah berjaya mendirikan sebuah perniagaan sendiri yang berasaskan frozen bersama rakan sejawat disusuli tawaran oleh bakal kakak ipar untuk membantu beliau didalam perniagaan baju muslimah beliau dihujung minggu...siang bergelar seorang engineer, malam bergelar bisnesman, hujung minggu bergelar part timer...


Jangan malu kerana standard anda serta jawatan anda yang tinggi tetapi membuat kerja seorang kuli...tetapi malu lah kepada diri sendiri kerana tidak meminta izin dan menyatakan hasrat kepada kedua ibu bapanya untuk menikahinya

Inilah rezeki tatkala kt mengejar keberkatan...memberi laluan kepada hati kt untuk yang HALAL disusuli dengan KEMAMPUAN dan ditemani dengan KEINGINAN dari semua pihak...Terima kasih Ukhti kerana memudahkan perjalanan kt ^__^



Doakanlah agar perjalanan kami terus diberkati dan dirahmati...In Shaa ALLAH *tamat*



sedih saya baca, Allahuakbar ini semua takdirnya, *lap2 ai mata


terima kasih Allah, terima kasih umi abi, terima kasih kaklong, abanglong, abngah, yah, nun, aji, nafisah, syahmi, didi, ayuni, suhaimi, fifi, am, uminor, baby kembar n semua.. i luv my family, 


terima kasih kawan-kawan, terima kasih kenalan jauh n dekat. MOHON ALLAH JAGA







2 comments:

  1. barakallahu lakuma wabarakah wajama'a bainakuma fikhair... selamat bercinta dan semoga berbahagia hingga ke syurga.

    ReplyDelete
  2. semoga bahagia sehingga ke jannah.. :)

    ReplyDelete